Connect with us

Inspirasi

Sering Rasa Tersisih, Gadis Tekad Ubah Penampilan & Turunkan 40Kg Berat Badan

Gaya dan penampilan sering kali dititik beratkan oleh setiap orang. Namun, ada kala sebahagian daripada kita akan berada kurang keyakinan diri akibat memiliki tubuh badan ataupun wajah yang tidak sempurna.

Perkara ini turut dialami oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Fatihah, yang berkongsikan pencapaiannya yang berjaya menurunkan hampir 40kg berat badannya. Sekaligus, dengan penurunan mendadak ini telah mengubah gaya dan penampilannya.

Hanya dengan usaha dan semangat tekad!

Gadis berkenaan mengatakan dia telah banyak menerima sokongan yang padu daripada orang sekelilingnya untuk menurunkan berat badan. Bertambah serius untuk menurunkan berat badan apabila dia telah menyambungkan pelajarannya ke peringkat diploma

Tiada masalah kesihatan tetapi…

Jelasnya lagi, sewaktu dia menjalankan pemeriksaan, berat badannya ketika itu telah mencecah 96kg, dimana berada ditahap yang sangat membimbangkan.  Walaupun tiada lagi masalah kesihatan yang dikesan sewaktu itu, namun dia bimbang tentang masa depannya kelak.

Ayah ada kedai makan…

Disebabkan bapanya mempunyai kedai makan yang sendiri, Fatihah mengakui itu adalah salah satu punca utama dia mengalami masalah berat badan. Tetapi, setelah dia melanjutkan pelajarannya, sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan membuatkannya lebih bersemangat untuk turunkan berat badan.

Kini, berat badannya telah turun kepada 56kg. Malah katanya lagi, paling penting untuk turunkan berat badan adalah dengan mengawal pengambilan makanan dan juga tidak mengambil air yang mengandungi gula.

Diharapkan dengan perkongsian gadis ini dapat membakar semangat kepada mereka diluar sana, yang berazam untuk mencapai berat badan yang diinginkan.

Sumber: Mstar, Fatihah.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending