Connect with us

Infozon

Sering melancong? Ini Perbezaan Antara Passport Merah & Passport Biru

Sekiranya ingin melancong ke luar negara, semua orang tahu kita memerlukan passport. Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) ni merupakan satu dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan ke luar negara.

Sepertimana yang kita lihat, passport biasanya berwarna merah. Tapi adakah anda tahu ada lagi satu passport yang sama cuma berlainan warna? Ya, memang ada dan warna passport tersebut adalah warna biru.

Jadi apa bezanya ya? Mari kita lihat setiap satu passport dan meneliti perbezaannya:

Passport Merah (PMA)

Dah biasa nampak kan warna ni? Kalau tak pernah ada pun mesti pernah tengok orang post gambar pasport ni dekat sosial media betul tak?

Tujuan passport merah ni boleh digunakan untuk pergi ke semua negara kecuali Israel. Kenapa Israel tak boleh? Bukan apa, Israel ni tak pernah diiktiraf oleh Malaysia sebagai sebuah negara.

Bukan tu je, passport ini antara yang paling power dalam dunia. Bangga tak? Ia juga boleh digunakan untuk memasuki negeri Sabah dan Sarawak.

Boleh je kalau tak nak pakai passport tapi kena apply Pas Perjalanan Terhad. Leceh kan, baik bawa je passport yang dah sedia ada. Jadi dah faham kan apa guna pasport merah ni?

Pasport Biru (Pas Sempadan)

Okay, walaupun muka depan sama, warna lain, tapi sebenarnya ini bukanlah pasport yang betul-betul. Ni cuma sekadar pas sempadan je. Sempadan untuk apa ya?

Pas Sempadan Thailand-Malaysia

Jangan salah faham, pas ni cuma akan diberikan kepada mereka yang warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia, cuma berketurunan Thai yang tinggal melebihi tiga tahun dekat Kelantan, Kedah, Perak, atau Perlis.

Ya, ini untuk orang Thailand yang menetap di Malaysia ni, janganlah orang Malaysia pergi mohon pula ya. Tempoh sah dia tak lama, cuma enam bulan je. Itu pun hanya sekadar beberapa kali perjalanan Malaysia-Thailand. Bila dah tamat kena mohon baru, tak boleh dilanjutkan.

Pas Lintas Batas Malaysia-Indonesia

Ni mesti untuk orang Indonesia kan? Eh bukan, Pas Lintas Batas ni untuk orang Malaysia yang menetap lebih enam bulan dalam daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau.

Kat mana tu? Tempat-tempat yang disebut tu ada dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak. Senang cerita rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah dan Sarawak lebih enam bulan la.

Pas ni digunakan untuk masuk ke Indonesia tapi cuma beberapa kali perjalanan je tau. Bila dah masuk Indonesia tu tak boleh lebih dari 30 hari.

Dah faham ke belum beza dua warna pasport tu?

Harapnya lepas ni anda lebih tahu perbezaan antara dua tu. Janganlah nanti nak beli tiket tiba-tiba bawa pasport warna lain (kalau ada) pulak kan. Semoga info ni bermanfaat dan selamat melancong!

Sumber: JomlahCuti

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending