Connect with us

Infozon

Serba Kekurangan, ‘Frontliner’ Vietnam Bergelimpangan Atas Jalan Kepenatan

Kementerian Kesihatan Vietnam pada hari ini (5 Apri 2020) mengesahkan tiada kes jangkitan terbaru untuk hari ini di negara tersebut. Oleh itu, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 Vietnam hanyalah 240 kes.

Namun begitu, menurut laporan Mstar pada 3 April 2020, Vietnam mempunyai 4,557 kes disyaki dengan hampir 73,000 dipantau dan dikuarantin pada pagi Jumaat, dan 75 kes telah pulih tanpa kematian yang direkodkan di negara tersebut.

Di Facebook pula, didakwa gambar-gambar barisan hadapan negara tersebut iaitu petugas kesihatan, terbaring kepenatan telah menarik perhatian pengguna laman sosial.

Lebih berasa tersentuh, mereka ini dilihat terbaring di atas jalan yang hanya beralaskan kepingan kotak dan masih bersarungkan sut PPE ditubuh badan mereka.

Sudah pastinya, semangat dan ketabahan mereka melaksanakan tugas demi keselamatan rakyat sejagat. Sikap ini semestinya harus dipuji serta dijadikan contoh walaupun mereka ini terpaksa bekerja dalam keadaan yang serba kekurangan.

 

Terima kasih buat semua barisan hadapan di setiap negara, kerana sanggup berkorban masa dan nyawa demi keselamatan masyarakat.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending