Connect with us

Infozon

Serangan Senjata Di Hospital Bersalin, Bayi2 Baru Lahir Cedera Parah

Seramai kira-kira 16 nyawa terbunuh dalam serangan bersenjata menyasarkan hospital bersalin di ibu kota Afghanistan, Kabul semalam yang turut mengorbankan dua bayi, lapor Al Jazeera.

Menurut jurucakap Menteri Dalam Negeri, Tareq Arian bekata, tiga lelaki bersenjata mengepung Hospital Nasional Barchi selama berjam-jam sebelum mengorbankan ibu, jururawat dan bayi.

Anggota tentera dan pasukan keselamatan dilihat mendukung bayi dalam operasi menyelamat dimana sekurang-kurangnya satu bayi dibalut dengan selimut yang berlumuran darah.

Hospital di barat Kabul itu juga adalah tempat tinggal masyarakat minoriti Syiah Hazara dimana sering menjadi sasaran kelompok militan Sunni dari kumpulan ISIS.

Keganasan di negara tersebut semakin meningkat selepas berhadapan dengan pelbagai krisis termasuk pertambahan operasi militan dan jangkitan wabak Covid-19.

Menerusi laman Twitter dengan menggunakan ‘hashtag’ #kabulattack, beberapa posting dikongsi orang ramai sehingga meruntun jiwa setelah melihat gambar bayi yang mengalami kecederaan akibat serangan berkenaan.

Sumber : Al Jazeera , Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending