Connect with us

Infozon

Serangan Islamofobia: 4 Sekeluarga Muslim Maut Dilanggar Pemandu Pikap Di Kanada

Seorang pemandu trak pikap ditahan setelah sengaja melanggar dan membunuh 4 anggota keluarga Muslim di Kanada.

Pihak polis memaklumkan bahawa 4 daripada 5 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian apabila sebuah kenderaan melanggar mereka dengan sengaja dan dipercayai bermotifkan kebencian ‘Islamophobia’ atau anti-Islam.

4 orang meninggal, 1 orang kritikal

Memetik laporan The Guardian, 2 orang wanita berusia 74 dan 44 tahun, seorang lelaki berusia 46, dan seorang remaja berusia 15 meninggal dunia akibat dilanggar ketika sedang melintas jalan.

Manakala, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia 9 tahun kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikan dan sedang dirawat di hospital.

Pemandu pikap ditahan, didakwa membunuh bermotif Islamofobia

Difahamkan lagi, polis berjaya menahan suspek yang didapati memakai baju seperti baju perisai kalis peluru.

Pada awalnya, saksi di tempat kejadian menyangka serangan tersebut sebagai 1 kemalangan disebabkan kecuaian pemandu pikap itu.

Malah, saksi turut memberitahu bahawa suasana di tempat kejadian sangat memilukan dengan keadaan jasad mangsa bergelimpangan dan berlumuran darah di atas jalan.

Datuk Bandar & Perdana Menteri turut berdukacita

Berikutan itu, Datuk Bandar London, Ed Holder dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam kenyataan masing-masing turut mengutuk kejadian serangan tersebut.

Sumber: The Guardian

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending