Connect with us

WOW

Seorang Wanita Pertaruh Nyawa, Redah Api Demi Selamatkan Koala Dalam Kebakaran

Baru-baru ini media Australia melaporkan, telah berlaku satu kebakaran di sebuah kawasan belukar yang didiami oleh habitat koala.

Apa yang mengharukan adalah, terdapat video yang tular memaparkan ketika kebakaran berlaku, seorang wanita dilihat sanggup merendah api semata-mata mahu menyelamatkan seekor koala.

Sanggup redah api nak tolong koala

Dapat diperhatikan, seekor koala yang terperangkap di dalam api menjadi tidak tentu arah kerana terlalu panas dan telah mengalami kecederaan disebabkan terkena api, membuatkan wanita tersebut gigih mahu menyelamatkan haiwan itu.

Setelah berjaya membawa koala tersebut keluar daripada kebakaran, wanita berkenaan bertindak pantas dengan mencurah air ke badan haiwan itu yang sedang kepanasan.

https://twitter.com/InactionNever/status/1196947276234510336?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1196947276234510336&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2019%2F11%2F20%2Fvideo-viral-wanita-ini-berani-redah-api-marak-selamatkan-koala-terperangkap-dalam-kebakaran%2F

Difahamkan, koala itu telah dibawa ke Hospital Macala Port Macquarie, yang dibina khas untuk menyelamatkan haiwan-haiwan di Australia.

Berdasarkan laporan BBC News, boleh dikatakan beratus-ratus koala mati akibat daripada kebakaran yang telah memusnahkan sebahagian besar habitat mereka.

Sumber : NZHerald

Continue Reading
Advertisement

Trending