Connect with us

Infozon

Seorang Lagi Jurugambar Hilang Penglihatan Selepas Terkena Gas Pemedih Mata Israel

Untuk kali kedua dalam masa tiga bulan, seorang lagi jurugambar Palestin kehilangan sebelah matanya setelah terkena serangan tentera zionis Israel ketika sedang berlaku satu bantahan.

Gas pemedih mata telah terkena pada muka Attiyah Darwish ketika dia sedang mengikuti pembantahan di Gaza berdekatan sempadan Israel.

Darwish yang sedang mencari rawatan untuk mata di Egypt dan Jordan memberitahu pada hari Ahad lalu bahawa dia telah hilang penglihatan di mata sebelah kirinya.

“Saya sedang mengambil gambar dan tiba-tiba saya merasakan letupan di muka saya lalu saya terjatuh kerana terkejut dan merasa sakit” katanya ketika mengingat kembali kejadian tersebut.

Darwish mengalami beberapa retakan di muka dan rahangnya serta pendarahan di telinga dan mata kiri yang menyebabkan kerosakkan 80% pada wajahnya.

Menurut doktor Faisal Tawfiq Fayyad, mata kiri darwish meninggalkan parut pada penglihatan walaupun telah melakukan beberapa pembedahan namun akhirnya menyebabkan ia hilang penglihatan.

“Saya tidak merasakan muka saya pada bahagian kiri dan masih merasa kesakitan terutama ketika musim sejuk dan ketika saya makan tetapi saya masih mempunyai satu mata,” katanya yang akan meneruskan karier untuk mengambil gambar.

Sumber : ALJAZEERA 

Continue Reading
Advertisement

Trending