Infozon
Seorang Ibu Di Palestin Mati Ditembak Tentera Israel, Ketika Bancuh Susu Untuk Anak

Seorang wanita di Palestin disahkan meninggal dunia pada Jumaat, selepas nyawanya tidak berjaya diselamatkan akibat terkena tembakan daripada tentera Israel di kejiranan Jenin al-Jabriyath di Tebing Barat yang diduduki.
Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan, Dalya Samhoudi, seorang ibu kepada tiga anak berusia 23 tahun, terkena peluru ke dada yang menembusi hatinya. Dia kemudian dibawa ke rawatan intensif di mana dia meninggal pada hari Jumaat.
Kena tembak masa tengah bancuh susu
Seorang rakan karib Samhoudi mengatakan bahawa dia ditembak ketika dia sedang membancuh susu untuk diberikan kepada bayinya yang sudah kehausan, namun mangsa tertarik ke tingkap ketika dia berusaha menutup gas pemedih mata.
Lebih kejam lagi, agensi berita Wafa mengatakan tentera Israel menembak ambulans yang dipanggil untuk membawa Samhoudi ke hospital.
operasi “rutin” berubah jadi rusuhan
Semasa serbuan pada awal hari Jumaat, tentera Israel menyerbu kediaman bekas tahanan Palestin Khaled Suleiman Abu Hassan.
Serangan di rumah Hassan menyebabkan konfrontasi antara pemuda tempatan dan tentera Israel, yang menembakkan peluru, gas pemedih mata dan bom bunyi.
Tentera Israel memberitahu AFP bahawa mereka tidak mengetahui tentang Samhoudi dan mengatakan bahawa operasi “rutin” berubah menjadi rusuhan.
Sumber : Middle East Eye

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit