WTF
‘Sendu’ Di Indonesia, Drama Nur Berhenti Ditayang Selepas Episod 1

Drama Nur, lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli pernah menjadi fenomena pada tahun 2018 di TV3 telah berjaya menembusi pasaran Indonesia dan ditayangkan baru-baru ini di stesen televisyen MNCTV di republik itu.
Tetapi malangnya, hanya sempat ditayangkan satu episod sahaja drama tersebut telah digantikan dengan drama yang lain hasil keluaran dari negara tersebut.
Difahamkan yang penggantian drama Nur kepada drama lain adalah disebabkan jumlah tontonan atau rating di Indonesia tidak mencapai tahap memuaskan.
Menurut Shahrulezad Mohameddin iaitu pengarah dan penerbit kepada drama 19 episod tersebut, drama Nur dihasilkan mengikut selera penonton rakyat Malaysia dan bukan selera penonton di Indonesia.
Meskipun hanya ditayangkan satu episod sahaja, ianya tidak menjadi isu.
Akan tetapi, difahamkan yang salah sebuah stesen tv yang dikenali sebagai Indosiar turut menayangkan drama berjudul Bismillah Cinta yang mengambil idea daripada drama Nur tersebut.
Justeru, Sharulezad berkata ramai yang telah membandingkan drama tersebut dengan Nur dan baginya jika drama Nur tidak menarik, tidak mungkin ditiru oleh Indosiae. Menurutnya, jika berkaitan drama di sana, dirinya tidak ketahui apa-apa.
Beliau juga menambah yang idea drama Nur dan mesej dakwah yang beliau mahu sampaikan dalam drama diterima baik pengkarya di sana untuk diterbitkan menjadi drama lain pula.
Sumber: The Vocket

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit