Inspirasi
Semua Pelajar Naik Kereta, Pemuda Ini Bangga Naik Motor Bersama Bapa Datang Majlis Konvo

Majlis konvokesyen ibarat hari bersejarah bagi setiap pelajar sebagai tanda penghargaan setelah beberapa tahun berhempas pulas bagi menamatkan pengajian.
Namun, tular satu video di aplikasi TikTok sehingga mengundang sebak warganet kerana mereka menyifatkan pemuda itu tidak malu dengan keadaannya yang lain daripada graduan lain.
Tersentuh hati
@riyanda74 Tersentuh banget hati kuðŸ˜#jagoUTBK #Tranding #fyp #fypã‚· #berandafyp #fyp #fpyã‚· #fypdongggggggg #viral #efekgadakotak #medistra #pyp #beranda #ayah
♬ original sound – wan muhammad heriyan – wan muhammad heriyan
Menerusi video berkenaan, kelihatan hampir semua ibu bapa hadir menaiki kereta yang mewah, namun pemuda tersebut hanya datang menaiki motosikal yang diubah seakan-akan sebuah beca.
“Tersentuh melihatnya. Graduan lain menaiki kereta bersama orang tua, tetapi graduan ini hanya menaiki motor bersama bapa tercinta,” tulis kapsyen video tersebut.
Pemuda itu kelihatan bangga dan tidak sedikit menunjukan perasan malu menaiki kenderaan tersebut meskipun di hari gilang gemilang buat dirinya.
Kejadian yang berlaku di Kampus Medistra, Deli Serdang, Sumatra Utara itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama @Riyanda74 sehingga meraih jutaan tontonan.
Perkongsian Riyanda mengundang sebak netizen yang rata-rata terharu dengan kekuatan yang ada dalam diri pemuda tersebut.
Sumber: TikTok Riyanda74

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit