Connect with us

Inspirasi

Sempat Pulang Ke Rumah, Anggota Tentera Hampir Rebah Lihat Jenazah Ibu

Sudah menjadi kebiasaan bagi anggota tentera yang terpaksa berpisah daripada ahli keluarga demi menjaga keamanan negara. Atas dasar tanggungjawab, mereka banyak kehilangan saat berharga bersama orang tersayang, terutama ibu bapa.

Situasi seperti itu boleh digambarkan dengan seorang anggota tentera di Indonesia ini yang pulang ke rumah dalam keadaan pilu, apabila si ibu telah menghembuskan nafas terakhir, lapor portal merdeka.com semalam.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram @sahabatsurga, anggota yang lengkap berpakaian seragam itu dilihat menangis hiba dan terus melulu mendekati jenazah si ibu sebelum ditenangkan oleh orang sekelilingnya.

Sekuat mana pun seorang tentera, pasti akan rapuh…

Rakaman video berdurasi 30 saat itu memaparkan pemuda tersebut tidak dapat menahan sebak, malah seolah-olah meraung dan menunduk sambil memandang wajah arwah ibunya.

Meraih lebih 600,000 tontonan, rata-rata warganet turut sebak melihat momen meruntun jiwa itu selain menitipkan doa agar pemuda berkenaan tabah menjalani kehidupan tanpa ibu tersayang.

Difahamkan, pada asalnya video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga anggota tentera @aris_m.r_matondang pada Oktober lalu dan kembali menjadi tular dalam kalangan netizen Indonesia.

Sumber: Instagram @sahabatsurga

Continue Reading
Advertisement

Trending