Connect with us

Detik

Sempat Ajak ‘Selfie’ Sebelum Suami Berlayar, Foto Jadi Saksi Momen ‘Terakhir’ Berdua

Kehilangan pasangan hidup pasti akan menjadi satu kenyataan yang sangat berat bagi setiap insan bergelar suami isteri. Sama ada kematian berlaku secara tiba-tiba, mahupun atas sebab sakit yang dihidapi dalam jangka masa lama.

Suatu hari kita hidup berdua selepas bernikah. Namun pada waktu yang sama, kita juga harus sentiasa bersedia jika pasangan kita ditakdirkan pergi dahulu, meninggalkan kita kembali sendiri meniti hari mendatang.

Begitulah seperti kisah sedih dialami salah seorang isteri kru kapal selam KRI Nanggala ini.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram miliknya, kelihatan wanita bernama Anasthasia Christina itu tersenyum gembira bersama mendiang suami, Rhesa Tri Tomo Sigar.

Rupanya, gambar-gambar tersebut adalah kenangan terakhir bersama suaminya yang sempat dipotretkan sebelum suaminya terkorban dalam tragedi kapal selam KRI Nanggala beberapa hari lalu.

Kenangan ‘terakhir’ bersama suami

Waktu itu Anasthasia sedang dalam perjalanan menghantar suami pergi bertugas menaiki kapal selam KRI Nanggala seperti biasa.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi, tiada angin tiada ribut, entah kenapa dia teringin sekali ‘berselfie’ bersama suaminya, sedangkan mereka jarang mengambil gambar berdua.

Walaupun baru bangun tidur serta masih belum mandi kerana terpaksa bertolak awal pagi, dia tidak kisah dan tetap berdegil mengajak suaminya ‘berselfie’.

Perasaan tersebut datang secara tiba-tiba seakan satu firasat bahawa suaminya itu akan pergi selama-lamanya…

Bagaimanapun ketika itu tiada segelumit pun perasaan syak wasangka, hanya kegembiraan menyelubungi hati kedua pasangan itu dan ia jelas terpancar melalui senyuman mereka dalam gambar-gambar yang diambil.

Siapa sangka, dalam beberapa hari mendatang.. Wanita itu dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila kesemua 53 kru kapal selam KRI Nanggala dilaporkan terkorban, termasuk suami tercinta.

Hari ini, sudah tiada senyuman dan suara lelaki yang sentiasa ada menghiburkan hari-harinya. Bagaikan mimpi, setiap ucapan, gurauan, semua hanya tersimpan dalam ingatan.

Meskipun diselubungi rasa hiba, Anasthasia berasa sangat bersyukur kerana hatinya terdetik mengajak suami bergambar sebelum pergi berlayar kerana ternyata itulah momen terakhir mereka hidup berdua di dunia.

Dalam perkongsian lain di Instagram, wanita itu turut berkongsi beberapa kenangan indah saat suaminya masih ada di sisi.

Antaranya, sewaktu suaminya sedang menolong memasak di dapur dan tatkala mereka bergurau berkongsi gelak tawa bersama.

Malah, di turut bercerita bahawa suaminya adalah seorang yang sangat baik. Tidak pernah merungut dan sentiasa menuruti permintaannya.

“Kamu pasti selalu ada disampingku meskipun aku tak boleh peluk kamu lagi..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di akhir coretan, Anasthasia meluahkan rasa sedih apabila dia baru sedar, kehadiran suaminya dalam hidup merupakan satu hadiah terindah buat dirinya.

“Aku baru sedar kalau selama hidup sama kamu.. Hidupku super bahagia!” tulisnya lagi.

Tetapi, semuanya sudah berlalu. Dia reda dengan pemergian suami tercinta walaupun ditinggalkan sendirian, menanggung rindu yang tidak berpenghujung… Entah sampai bila.

Kini, semua tentang si suami wujud sebagai kenangan terindah dalam ingatan si isteri buat selamanya. Begitulah lumrah hidup, setiap pertemuan dan perpisahan sudah ditentukan sejak azali lagi.

Tiada yang kekal abadi. Sayangnya, masa tidak boleh diundur. Selagi masih ada, hargailah pasangan kita sebelum terlambat.

Sumber: Instagran Anasthasia, Indozone

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending