Connect with us

WTF

Sembur Ridsect Depan Makanan, Peniaga R&R Diarahkan Tutup Kiosk

Tahukah anda, pengambilan makanan atau minuman yang tidak bersih boleh menjadi faktor kepada kemunculan penyakit radang atau barah usus.

Namun begitu, masih ada peniaga yang memandang enteng terhadap penjagaan dalam penyediaan makanan.

Sembur makanan dengan penyembur lipas

Sebuah kiosk di R&R Yong Peng menemui nasib malang apabila mereka diarahkan tutup setelah tertangkap menggunakan penyembur lipas berhampiran makanan.

Kejadian itu berlaku apabila seorang pekerja kiosk berkenaan dirakam menggunakan penyembur terbabit tanpa menjaga kebersihan makanan di kiosk tersebut.

https://www.facebook.com/357582290930791/photos/a.549388488416836/2716173265071670/?type=3

Menerusi gambar tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa wanita tersebut telah menyembur semburan lipas kepada makanan yang tidak ditutup.

Ternyata insiden itu mendapat perhatian dalam kalangan netizen dan rata-rata mereka berasa marah dengan tindakan peniaga tersebut kerana tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

Oleh itu, kita sebagai pengguna seharusnya mementingkan kebersihan sama ada dari segi penyediaan makanan ataupun tempat sebelum membeli makanan di warung untuk memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending