Connect with us

Cute

Semata2 Nak Bergambar, Rakan Cabar ‘Jinakkan’ Anjing

Anjing merupakan haiwan yang terkenal dengan sifatnya yang bijak dan setia. Namun begitu, masih terdapat anjing yang liar dan sukar dijinakkan walaupun binatang tersebut menjadi haiwan peliharaan.

Seorang remaja yang digelar sebagai Liam Beach telah dicabar oleh rakannya, bahawa dia perlu menjinakkan kesemua anjing miliknya demi mendapatkan sekeping gambar haiwan tersebut di atas tangga.

Susun anjing peliharaannya di atas tangga

Semuanya bermula apabila rakannya, Catherine beranggapan bahawa anjing tidak mampu untuk berkelakuan baik dan sukar dikawal untuk tujuan bergambar.

Catherine telah menawarkan hadiah dengan sekotak coklat, jika Liam berjaya membuat cabaran tersebut.

Pada mulanya Liam berasa tidak yakin untuk menerima cabaran itu, namun akhirnya dia bersetuju untuk menyahutnya setelah dia merasakan anjing miliknya mampu berkelakuan sedemikian.

Dia yang merupakan seorang remaja berumur 19 tahun telah memiliki sebanyak enam belas ekor anjing spesis Dachshund.

Liam ingin membuktikan bahawa anjingnya merupakan haiwan yang baik dan mereka boleh dijinakkan demi mendapatkan sekeping gambar yang comel.

Tanpa disangka, Liam akhirnya berjaya mengawal keadaan tersebut dan mendapatkan sekeping gambar yang mempunyai kesemua anjing peliharaannya di atas tangga.

Liam juga menyatakan bahawa dia hanya mengambil masa dalam sepuluh minit sahaja untuk mendapatkan gambar tersebut.

Ternyata itu adalah perkara yang mengejutkan. Liam juga telah mendedahkan taktiknya dalam usaha menangkap gambar tersebut dimana dia hanya menggunakan sebiji bola untuk menarik perhatian kesemua anjingnya.

Anjing-anjing tersebut diberi nama Lottie, Daisy, Dudley, Wallie, Diamond, Ruby, Benjie, Buster, Bonnie, Ziggy, Sammy, Kizzy, Kiki, Zac, Duke dan Saffie. Liam berkata keluarga suka akan gambar tersebut dan akan digantungkan di dinding.

Sumber: Elitereaders

Continue Reading
Advertisement

Trending