Inspirasi
Semangat Nak Ke Sekolah, Adik Ini Tetap Tersenyum Walaupun Uniform Habis Kena Lumpur

Sering kita dengar kisah dan cabaran para pelajar di kawasan pendalaman, masalah utama yang selalu dihadapi adalah pengangkutan dan jalan yang penuh berliku untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Macam kisah adik kecil ini dan ayahnya, yang baru-baru ini tular di media sosial memaparkan foto dirinya masih lagi tersenyum walaupun habis kotor baju seragamnya kena lumpur dalam perjalanan ke sekolah.
Berlumpur baju sekolah
Dalam gambar pertama, kanak-kanak perempuan sempat tersenyum meleret dengan pakaian seragamnya yang masih bersih dan kemas bersedia untuk ke sekolah.
Tetap senyum semangat nak pergi sekolah
Namun, dalam gambar kedua dilihat kanak-kanak itu yang menaiki motorsikal bersama bapanya, habis berlumpur tetapi dia tetap tersenyum girang mahu pergi ke sekolah.
Gigih ayah hantar anak ke sekolah
Melihat kecekalan si bapa bersusah payah mengharungi liku-liku menghantar anaknya ke sekolah agar mendapat pendidikan, dan si anak yang tetap ceria walaupun habis kotor seragamnya membuatkan rata-rata netizen berasa terharu.
Semoga berjaya dik
Tetap semangat adik ni nak pergi sekolah
Seronok dan terharu juga tengok adik comel ini semangat nak pergi sekolah. Semoga dengan segala cabaran yang ditempuhu sekarang, mampu menjadi hikmah untuk adik ini bergelar insan berjaya.
Sumber : Facebook

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit