Connect with us

Infozon

Selepas Terima Terapi Plasma Darah, 2 Warga Emas Disahkan Sembuh COVID-19

Sebelum ini, negara China mengwar-warkan bahawa terapi plasma darah antara salah satu alternatif yang digunakan untuk pesakit kritikal wabak COVID-19 ini. Malah, pembuat produk perubatan, China National Biotec Group Co turut mengesahkan beberapa pesakit menunjukkan perubahan dalam tempoh 24 jam selepas menerima infusi plasma darah

Ekoran itu, pihak berkuasa kesihatan China hari ini menggesa individu yang sudah sembuh daripada jangkitan COVID-19 untuk menderma darah bagi membolehkan plasma diekstrak dan digunakan merawat pesakit kritikal lain.

Terkini menurut laporan Berita Harian, dua orang warga emas Korea Selatan yang menghidap  COVID-19 dilaporkan sembuh daripada wabak itu selepas dirawat menggunakan plasma individu yang sudah sihat.

Menurut kenyataan saintis, cecair plasma darah daripada pesakit yang sembut mampu menjana antibodi dan menjadi daya pertahanan tubuh badan bagi pesakit yang menghidap COVID-19.

Malah, penyelidik dan doktor muda di Severance Hospital, Chou Jun Yong, berkata terapi plasma mungkin boleh menjadi rawatan alternatif kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan tidak mampu memberi maklum balas kepada ubat anti viral.

Advertisement

Bagaimanapun, ujian klinikal besar-besaran perlu dilaksanakan bagi memastikan tahap keberkesanannya.

Salah seorang warga emas yang berusia 71 tahun, hanya bertambah sihat selepas dirawat dengan plasma daripada seorang pesakit berusia 20an, bersama dengan rawatan steroid.

Seorang lagi pesakit wanita berusia 67 tahun pula mengidap pneumonia yang kronik dan tidak memberikan maklum balas terhadap ubat malaria, HIV atau rawatan oksigen, tetapi dimaklum sembuh setelah menerima terapi plasma dan steroid.

Sumber: Berita Harian. 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending