Connect with us

Infozon

Selepas Suami & Bapa Mertua, Aishwarya Rai Serta Anak Perempuan Positif COVID-19

Sejak semalam, media-media antarabangsa melaporkan bahawa anak-beranak yang merupakan pelakon Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Abhishek Bachchan kini dirawat di Hospital Nanavati selepas disahkan positif virus COVID-19.

Menerusi laporan Indiatoday, Amitabh Bachchan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan berita ini disahkan sendiri pelakon itu menerusi laman di Twitter miliknya. Dia juga merayu meminta sesiapa yang pernah berkontak raapat dengannya untuk melakukan ujian saringan.

Kini, menantu Amitabh Bachchan dan juga merupakan isteri kepada Abhishek Bachchan iaitu Aishwarya Rai juga disahkan positif wabak berkenaan. Turut terkena tempias, anak perempuan mereka dikenali sebagai Aaradhya Bachchan turut dijangkiti.

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Kesihatan negeri Maharastra, Rajesh Tope menerusi akaun Twitter miliknya. Amitabh dan Abhishek dilaporkan positif virus itu dan mengalami gejala ringan dan kini berada dalam pantauan pihak Hospital Nanavati, Mumbai.

Namun isteri kepada Amitabh Bachchan turut diarahkan menjadi ujian saringan namun keputusannya didapati negetif.

Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja! Harap wabak COVID-19 yang merebak di seluruh dunia ini secepatnya lupus demi kebaikan bersama.

Sumber: Malaysia Gazzate, Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending