Connect with us

Infozon

Selepas Insiden Kebakaran Hutan, Australia Kini Diancam Taufan Blake Pula

Semua pasti sedia tahu bahawa, hampir kebanyakan hutan di negara Australia sudah habis punah disebabkan oleh kebakaran yang dahsyat. Bertambah menyedihkan, kesemua liar yang menetap dihutan tersebut sudah kehilangan rumah mereka dan hampir 500 juta haiwan dianggarkan terkorban dalam kemalangan tersebut.

Masih belum reda dan pulih dari kebakaran besar-besaran itu, Australia kini dikatakan bakal diancam bencana alam yang lain pula. Bencana tersebut dikenali sebagai Taufan Blake, yang dikatakan telah dikesan terbentuk di perairan barat laut Australia.

Kelajuan angin 125 KM sejam

Taufan tropika tersebut dijangka bakal mendatangkan kemusnahan dan ancaman kepada pekan Broome yang mempunyai hampir kira-kira 14,000 penduduk. Sehingga kini, taufan Blake itu sedang berada pada tahap yang pertama iaitu engan kelajuan angin 75 kilometer sejam.

 

Dikatakan pada hari ini, akan menambah kekuatan kepada kategori kedua awal sebaik tiba di pekan Broome.

Orang ramai diminta untuk siap sedia

Orang awam telah dimaklumkan untuk bersiap sedia untuk mengalami bencana yang buruk yang bakal melanda bila-bila masa sahaja. Mereka juga dinasihatkan agar menyediakan kelengkapan kecemasan termasuk kit bantuan perubatan, lampu suluh, radio mudah alih, bateri, makanan dan minuman.

Lebih memeritkan, taufan yang melanda ini tidak akan memberikan kesan terhadap kebakaran yang kian merebak di hutan-hutan negara itu. Penduduk dunia diseru untuk berdoa dan juga menghulurkan bantuan kepada negara Australia ini.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending