Infozon
Selepas Dua Disahkan Positif Covid-19, Semua Murid SK Bangsar Tak Hadir Ke Sekolah

Semalam, dua murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar disahkan positif COVID-19 selepas mendapat jangkitan berkenaan daripada ahli keluarga mereka yang menghadiri kenduri. Bagaimanapun, tiada arahan penutupan sekolah dibuat sejak semalam.
100 peratus tidak hadir
Ternyata perkara itu menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa murid di sekolah berkenaan apabila kesemua mereka tidak menghantar anak ke sekolah pada hari ini.
Menurut laporan Berita Harian, pihak pentadbiran sekolah berkenaan melaporkan 100 peratus atau hampir 800 murid sesi pagi tidak hadir.
Hanya kakitangan dan guru
Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Yazid Mohd Yasin menjelaskan hanya kakitangan pentadbiran dan juga guru yang telah hadir ke sekolah, malah guru juga diwajibkan ujian calitan semalam menjalani tempoh kuarantin.
“Semalam Kementerian Kesihatan sudah menjalankan ujian calitan pada pada murid dan guru yang hadir. Hari ini, petugas kesihatan akan menjalankan lagi ujian saringan di kawasan yang dimaklumkan.
“Semua murid dan ibu bapa yang perlu menjalani ujian saringan ini sudah dimaklumkan dan dijangka mungkin lebih ramai yang akan melakukan ujian itu memandangkan dua murid yang positif COVID-19 itu menjalani latihan persembahan beramai-ramai,” katanya.
Risiko tinggi
Sementara itu, rata-rata netizen menyokong tindakan ibu bapa murid sebagai salah satu langkah keselamatan untuk mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 di sekolah.
Keselamatan lebih penting
Tindakan tepat
Namun memetik laporan Malaysia Gazette, Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah mengarahkan sekolah berkenaan ditutup bermula jam 12 tengahari tadi sehingga 16 Oktober bagi tujuan sanitasi dan saringan Covid-19.
Sumber: Berita Harian , Malaysia Gazette

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit