Connect with us

Inspirasi

Selepas diejek Muka Macam Zombi, Kanak2 Perempuan Ini Takut Mahu Jumpa Orang

Tanyalah sesiapa sahaja di dunia ini, tiada siapa yang mahu dilahirkan dalam keadaan cacat, namun hakikat itulah yang harus ditempuhi oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia  5 tahun ini.

Dikenali sebagai Norhidayah Fatihah, anak kecil ini menghidap Facial Cleft atau sumbing muka sejak lahir. Kisah adik ini mula diketahui menerusi perkongsian oleh seorang wanita, bernama Sharizatul Shema Hashim di Facebook.

Menerusi perkongsian tersebut, ibu kepada kanak-kanak ini adalah ibu tunggal yang tidak bekerja. Membuatkan kehidupan anak ini dan keluarga hanyalah cukup-cukup makan.

Ibu tunggal dan tidak bekerja

Difahamkan, adik Hidayah telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali di Hospital Malaya, untuk membetulkan struktur wajahnya semula.

 

Tak bagi masuk dalam Facebook takut dikecam

Menurut wanita tersebut, ibu adik Norhidayah ini awalnya memberitahu jangan mendedahkan kisah mereka di sosial media kerana risau dikata cuba mempergunakan anak untuk mendapatkan simpati.

Ada budak ejek anak muka macam zombi

Malah, ibunya sempat berkongsi antara sebab Hidayah tidak mahu ke sekolah adalah kerana dia sering menjadi bahan ejekan disebabkan oleh wajah yang dimilikinya.

Syukur makin ramai sudi bantu

Dalam perkembangan terbaru, kisah adik Hidayah ini telah menyentuh hati ramai dan kini bertali arus bantuan disalurkan kepada keluarganya.

Syukur, dengan bantuan sedikit sebanyak dapatlah meringankan bebab adik Hidayah dan keluarganya. Terima kasih diucapkan buat kesemua yang baik membantu keluarga ini.

Sumber : Sharizatul Shema Hashim

Continue Reading
Advertisement

Trending