Infozon
Selebriti Ada Dalam Senarai ‘Cuci Wang’, Diminta Tampil Sebelum SPRM ‘Jemput’

Tidak kiralah selebriti atau usahawan yang terlibat dalam kes sindiket Macau Scam yang sedang disiasat ketika ini, mereka diminta tampil bagi memberi keterangan kepada pihak berkuasa.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sudah mengenalpasti senarai nama mereka yang terlibat serta menerima hasil daripada sindiket berkenaan.
“Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas,” katanya berhubung berapa ramai selebriti dan ahli perniagaan yang berada dalam radar agensi berkenaan.
Tak perlu tunggu dipanggil
Azam mendedahkan sindiket terbabit menyerahkan wang dalam bentuk tunai kepada individu berkenaan untuk ‘dicuci’ menerusi operasi perniagaan sah.
“Mereka yang mungkin pernah menerima (dana) daripada individu yang ditahan itu diminta tampil sebelum mereka dipanggil.
“Tidak perlu tunggu untuk dipanggil sebaliknya tampil beri kerjasama kepada kami dan kami akan melayan mereka dengan baik,” ujarnya.
Ratusan syarikat cuci wang haram
Memetik laporan Malaysia Gazette pula, beliau percaya sindiket penipuan terancang itu telah membuka beratus-ratus syarikat ‘dummy’ untuk menyalurkan wang-wang haram tersebut.
“Bila sudah melakukan kegiatan haram, mereka perlu mencuci wang ini. Dari sinilah mereka menyalurkan wang ini kepada beberapa pihak, antaranya kepada peniaga,” katanya.
Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit