Connect with us

Detik

Sekolah Diserang Letupan Bom, 85 Orang Terkorban, Pelajar Afghanistan Ini Masih Ingin Pergi Sekolah

Sedang umat Islam seluruh di seluruh dunia bergembira ingin menyambut Aidilfitiri, sebuah sekolah perempuan di Kabul, Afghanistan iaitu Sekolah Sayed al-Shuhada, diserang letupan bom pada hari Sabtu lalu, 8 Mei 2021 lalu.

Tragedi berdarah itu bermula apabila sebuah kereta meletup secara tiba-tiba sewaktu murid-murid perempuan sedang berjalan keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah.

Sebaik sahaja letupan itu berlaku, kesemua pelajar pun lari bertempiaran dalam keadaan panik untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Namun siapa sangka, rupanya si pelaku turut memasang beberapa bom lagi dan berlakulah 2 letupan lain di sekolah berkenaan.

Bom meletup di sekitar sekolah

Memetik laporan CNN, sehingga kini seramai 85 orang pelajar perempuan terkoban dalam serangan itu manakala 147 lain cedera.

Advertisement

Kejadian itu turut disiarkan di saluran TV ToloNews, di mana ia memaparkan keadaan kacau-bilau di kawasan sekolah yang bertaburan dengan buku, kasut dan beg sekolah berlumuran darah.

Selain itu, saksi yang berada ditempat kejadian menggambarkan keadaan sekolah tersebut berselerak dengan anggota badan yang sudah terputus dari badan.

Pelajar tetap bersemangat mahu kembali ke sekolah

Kisah seorang gadis berusia 17 tahun yang merupakan salah seorang mangsa kejadian tersebut, boleh dijadikan sebagai inspirasi buat semua orang terutamanya yang bergelar pelajar.

Meskipun dirinya diselubungi ketakutan dan kesedihan apabila ramai kawan-kawannya terkorban ketika serangan itu berlaku, gadis ini masih bersemangat untuk bersekolah.

Advertisement

Ketika ditemubual oleh pihak media sewaktu dirawat di hospital, gadis bernama Arifa itu mengakui tidak tahu mengapa sekolahnya itu menjadi sasaran letupan bom.

“Mungkin mereka tidak mahu kami pergi sekolah, mendapat pendidikan, dan terus berjaya,” katanya berspekulasi.

Menurut Arifa, mungkin serangan itu dilakukan kerana ada pihak tertentu yang tidak mahu kaum wanita diberi pendidikan.

Namun, sedikit pun dirinya tidak gentar malah dia berjanji ingin kembali ke sekolah, demi memperjuangkan pendidikan walaupun nyawanya mungkin diancam bahaya.

“Ketakutan pasti ada, namun saya akan tetap memperjuangkan pendidikan saya,” tegasnya kepada jurnalis NBC Richard Engel.

Untuk rekod, sebelum Amerika Syarikat menceroboh Afghanistan pada 2001, pendidikan bagi kaum wanita merupakan satu ‘taboo’ di bawah kepimpinan Taliban.

Sejak campurtangan AS, mereka secara aktif menggalakkan kaum wanita untuk berpendidikan.

Advertisement

Menurut laporan Reuters, Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani menuduh serangan terbabit dilakukan oleh Gerakan Taliban.

Bagaimanapun, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menafikan dakwaan tersebut dan turut mengutuk insiden itu sekeras-kerasnya.

Difahamkan lagi, biarpun Ghani menyalahkan Taliban, ledakan yang berlaku pada hari Sabtu itu terjadi dalam kawasan penempatan Muslim Syiah yang diancam serangan militan ISIS sejak bertahun-tahun lalu.

Sehingga kini, pelbagai pihak masih menuding jari dan menuduh antara satu sama lain.

Para pelajar yang terkorban pula telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad besar-besaran.

Advertisement

Tonton video penuh:

Sumber: CNN (Jennifer Deaton & Sheena McKenzie), Reuters, Sky News (Deborah Haynes)

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending