Connect with us

WOW

Sekali Lagi Coca Cola ‘Diketepikan’, Kali Ini Giliran Pemain Itali Pula

Sebelum ini pemain bolasepak Portugal, Cristiano Ronaldo telah memberi tamparan hebat kepada jenama minuman berkarbonat Coca Cola dengan mengenepikan botol minuman tersebut ketika sidang media Euro 2020 tempoh hari.

Khabarnya saham Coca Cola turun mendadak disebabkan tindakan spontan pemain antarabangsa berkenaan. Walau bagaimanapun pihak minuman berkarbonat tersebut menerima dengan hati terbuka pendapat beliau.

https://twitter.com/ArobaseGiovanny/status/1404499031397736456

Sekali lagi terjadi ke tu?

Kali ini, seorang lagi pemain bolasepak yang bersaing dalam Euro 2020 mewakili pasukan Itali, Manuel Locatelli turut sama mengenepikan botol minuman berkarbonat tersebut dan mengambil air mineral berhampirannya sambil menunjukkan ke arah kamera.

Ia sudah tentu menjadi perhatian ramai susulan tindakan Cristiano Ronaldo yang membuatkan dunia’heboh’ kelmarin.

Advertisement

Terdahulu, tindakan Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca Cola dan mengangkat air mineral sambil menyebut ‘Aqua’ telah mengakibatkan Ā pasaran Coca Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Perlakuan pemain tengah Perancis, Paul Pogba juga hampir menyamai apa yang dilakukan Cristiano Ronaldo apabila mengalihkan botol minuman keras yang ada di atas meja sidang media.

Advertisement

Situasi-situasi berkenaan menjadi sorotan media susulan hal tersebut dilakukan semasa sidang media Euro 2020.

Sumber: Twitter @panditfootball, TheSun

Continue Reading
Advertisement

Trending