Connect with us

WTF

Sejurus Reda Coronavirus, Peniaga China Rancang Menjual Semula Binatang Eksotik

Mangsa wabak Coronavirus dilihat semakin mencatatkan angka kematian yang meningkat setiap hari. Disebabkan itu orang ramai digesa untuk mengamalkan kebersihan diri tahap yang maksima untuk mencegah sebarangan kemungkinan berlaku.

Negara China dikatakan punca utama tercetusnya wabak coronavirus ini ataupun ketika ini dikenali sebagai COVID-19. Tanpa disangka-sangka, coronavirus ini menular dengan begitu pantas sehingga merentasi sempadan dan menjejaskan beberapa buah negera yang lain.

Nyatakan hasrat nak berniaga semula…

Para peniaga makanan dan juga haiwan eksotik di negara China, menyatakan hasrat untuk kembali membuka kedai serta menjalankan perniagaan seperti biasa.

Sejak penularan wabak Covid-19 ini menular dan menyebabkan kesan yang teruk kepada seluruh penduduk China, kerajaan di negara itu telah menyekat sementara penjualan dan pengambilan makanan yang berasakan haiwan eksotik.

Ramai yang menikmati makanan eksotik

Namun, salah seorang peniaga tergar binatang eksotik ini menyatakan hasratnya untuk kembali menjalankan perniagaan seperti biasa, sejurus sahaja sekatan itu berakhir.

Malah dia juga mendakwa, masih lagi ramai yang mahu membeli makanan eksotik ini untuk dimakan atupun dijadikan sebagai hadiah.

Coronavirus ini dikesan merebak kedalam badan manusia menerusi haiwan binatang dan juga yang dimakan oleh rakyat China. Namun perasaan agak kesal apabila sebilangan peniaga di sana tidak mengambil endah serta pengajaran dengan musibah yang telah terjadi sekarang ini.

Sumber: WOB.

Continue Reading
Advertisement

Trending