Connect with us

Infozon

Sejadah Masih Berlipat Dalam Beg, Pemergian ‘Rider’ Diiringi Rakan2 Foodpanda

Sejak semalam, tular di media sosial perkongsian mengenai seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Zaim Azman dilaporkan maut apabila motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Meru, Klang pagi semalam.

Lebih menyedihkan, arwah yang berusia 21 tahun telah meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Pemergian pemuda ini kemudiannya diiringi oleh rakan sepejuangan Foodpanda yang lain.

“Dia meninggal saat delivery makanan…”

Menurut perkongsian salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syed Mohamad Al Shahab, dia berasa sangat sebak setelah melihat gambar sehelai sejadah terlipat elok dalam delivery begĀ yang dipercayai kepunyaan arwah Muhammad Zaim Azman.

“2020 anak muda seusianya selalu ingat solat…”

“Namun engkau mati dengan hati yang selalu siap hendak menunaikan solat…”

Luahan hati dari kakak arwah sendiri

Sememangnya tak dapat dinafikan, pelbagai berita menyayat hati dan juga kematian melibat penghantar makanan telah didengar kebelakangan ini. Oleh itu, masyarakat dinasihatkan untuk santuni pekerjaan seperti ini kerana nyawa mereka sentiasa diancam bahaya.

Sumver: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending