Connect with us

Inspirasi

Sedih Ramai Pesakit Covid India Menderita, Budak 9 Tahun Nekad Guna Duit Tabung Beli 100 Tangki Oksigen

Umum tahu bahawa negara India sedang mengalami krisis Covid-19 paling teruk di seluruh dunia pada saat ini.

Bahkan, bekalan tangki oksigen turut dikatakan sudah kehabisan dan tidak mencukupi menampung jumlah pesakit yang bertambah berlipat ganda setiap hari.

Lebih menyedihkan apabila ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia di serata tempat di India sehingga tidak terhitung bilangannya.

Sebut tentang negara India, baru-baru ini, kisah seorang kanak-kanak perempuan menjadi tular di laman sosial apabila bertindak mengorbankan duit tabungnya demi membeli tangki oksigen untuk pesakit di India.

Kanak-kanak berhati mulia itu merupakan seorang aktivis cilik terkenal di India bernama Licypriya Kangujam.

Aktif sertai kegiatan aktivis sosial

Meskipun baru berumur 9 tahun, Licypriya aktif menyertai kegiatan aktivis sosial dalam usaha mempertahankan keadilan rakyat dan menjaga keharmonian negara tercinta.

Malah, dia merupakan antara individu yang lantang dan berani menyuarakan pendapat dalam mengkritik pemerintahan ahli politik di India.

Sanggup habiskan wang simpanan demi membantu rakyat

Kali ini, Licypriya telah menggunakan semua duit simpanan yang dikumpul untuk membeli sebanyak 100 tangki oksigen khas buat pesakit Covid-19 di India.

Sehubungan itu, salah satu usaha murni yang dilakukannya itu telah menyentuh hati para netizen seluruh dunia.

https://twitter.com/LicypriyaK/status/1387814771592876033?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1387814771592876033%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2021%2F05%2F05%2Fbudak-9-tahun-guna-duit-tabung-beli-100-tong-oksigen-di-india%2F

Dia turut memberitahu sedang berusaha sedaya upaya membantu negara dengan usaha kecilnya tersebut walaupun jumlahnya tidak dapat menampung kesemua pesakit yang ada.

Tidak cukup dengan itu, Licypriya turut melancarkan misi bantuan berupa tabung amal bagi sesiapa yang murah hati ingin membantu meringankan beban dialami rakyat India.

Dalam satu perkongsian di Twitter, Licypriya mendedahkan semua tindakan yang dilakukannya adalah bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk kesejahteraan negara tercinta.

https://twitter.com/LicypriyaK/status/1389660046959669248?s=20

Sumbang tangki oksigen secara percuma

Difahamkan lagi, semua tangki oksigen tersebut diedarkan secara percuma kepada setiap pesakit yang memerlukan.

Malah, berkat usahanya itu, kanak-kanak tersebut berkongsi berita gembira menunjukkan individu pertama yang berjaya diselamatkan hasil dari pembelian 100 tangki oksigen tersebut, iaitu seorang warga emas berusia 59 tahun.

https://twitter.com/LicypriyaK/status/1388737196778131458?s=20

Mohon bantuan orang ramai selamatkan pesakit Covid-19 India

Dalam pada itu, aktivis cilik itu memohon agar orang ramai turut membantu membeli bekalan tangki oksigen agar dapat menyelamatkan lebih ramai pesakit Covid-19 di India.

https://twitter.com/LicypriyaK/status/1389066271581343746?s=20

Menjengah ke ruangan Twitter, rata-rata netizen mendoakan keadaan negara India agar kembali pulih dan memuji kekentalan dan kesungguhan kanak-kanak terbabit.

Sangat menyentuh hati!

Kanak2 9 tahun gunakan duit sendiri buat kerja ‘kerajaan’

Semoga segala usaha dipermudahkan

Kecil-kecil cili padi, itulah peribahasa sesuai digambarkan bagi kanak-kanak berusia 9 tahun yang sanggup berkorban demi negara dan rakyat di negaranya.

Jelaslah, kisah kanak-kanak ini wajar dijadikan inspirasi buat semua masyarakat dunia tidak mengira umur mahupun bangsa.

Sumber: Twitter LicypriyaK

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending