Inspirasi
Sebelum Datang Sekolah Cari Duit Makan, Ambil Upah Baiki Kasut Tepi Jalan

Sebelum pergi ke sekolah, ibu bapa pastinya akan menghulurkan wang saku untuk perbelanjaan seharian untuk anak-anak mereka. Kadang kala, ada keluarga yang akan menyediakan bekal dari rumah supaya anak-anak dapat makanan yang lebih sihat. Namun, tidak semua kanak-kanak dapat lahir dan rasa membesar dalam kehidupan menyenangkan.
Hal ini telah dialami sendiri oleh dua beradik yang berasal Palawan, Filipina yang terpaksa berusaha sendiri demi mendapatkan wang saku ke sekolah. Manuelita dan Micko Bordon, setiap hari akan duduk ditepi jalan untuk mengambil upah membaiki kasut sebelum ke sekolah. Upah kasut berkenaan selalunya digunakan mereka untuk berbelanja di sekolah.
Cari duit belanja sebelum pergi sekolah!
Hasil dari upah berkenaan, selalunya akan digunakan Manuelita dan Micko untuk membeli makanan tengahari dan keperluan untuk sekolah. Ringkasnya, dua beradik ini membeli keperluan sekolah mereka dengan hasil titik peluh mereka sendiri.
Tak malu perlu malu hidup susah…
Walaupun hidup dalam keadaan susah, namun mereka berdua tidak malu dengan perkara dan pekerjaan yang dilakukan. Manuelita dan Micko juga percaya bahawa, mereka akan dapat pergi ke sekolah dan juga pendidikan yang terbaik atas usaha mereka sendiri.
Belajar dari mak dan ayah…
Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dua beradik ini pandai dan handal membaiki kasut pada usia yang muda? Sebabnya, kedua ibu bapa mereka bekerja sebagai tukang kasut. Jadi dua beradik ini sudah terbiasa melihat sekaligus mempelajari cara-cara betulkan kasut secara tidak langsung.
Emaknya sendiri mengakui bahawa mereka sekeluarga kini sedang bergelut dengan kesempitan hidup.
Apapun, mereka tetap berbangga dengan anak-anaknya kerana masih mempunyai hasrat untuk meneruskan persekolahan walaupun berada dalam keadaan susah. Semoga ini dapat dijadikan contoh kepada mereka diluar sana agar sentiasa berusaha untuk mendapat pendidikan yang sepatutnya.
Sumber: Elite Readers.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit