Connect with us

Inspirasi

Sebar Kebaikkan, Penunggang Motorsikal Bantu Uncle Tua Naik Basikal Lintas Jalan

Tolong-menolong merupakan salah satu amalan mulia yang harus disemai dalam diri setiap lapis masyarakat. Oleh itu, tidak salah rasanya jika kita membuat kebaikkan kepada sesiapa walaupun kita tidak mengenali individu tersebut.

Menerusi satu perongsian di laman sosial Twitter, satu akaun yang menggunakan nama All Singapore Stuff telah memuat naik video seorang penunggang motosikal membantu warga emas melintas jalan di lampu isyarat.

Tolong warga emas lintas jalan

Dia dilihat memberhentikan motosikalnya sebelum menolak basikal elektrik seorang lelaki tua untuk menyeberangi jalan dengan lebih pantas.

Boleh diambil sebagai contoh

Video yang berdurasi beberapa saat itu telah ditonton ribuan pengguna Twitter sejak hari pertama dimuat naik. Walaupun kejadian tersebut berlaku di Singapura, ia tetap memberi contoh yang baik kepada para pengguna jalan raya.

Sehubungan dengan itu, setiap masyarakat tidak kira dimana sekalipun, hendaklah menjadikan amalan tolong-menolong serta menghormati orang tua sebagai satu kelaziman.

Sumber : All Singapore Stuff

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending