Inspirasi
Sebak Kenang Jasa Frontliner, Sultan Nazrin Berdiri Tepuk Tangan Hargai Jururawat

Hari Jururawat yang disambut pada hari ini iaitu 12 Mei setiap tahun pastinya menjadi momen paling mahal buat barisan petugas KKM.
Pendemik Covid-19 yang melanda dunia tahun ini benar-benar mencabar mental dan fizikal mereka dalam menjadi barisan hadapan berjuang melawan wabak itu.
Zahirkan penghargaan
Walaupun tiada sambutan khusus yang dilakukan pada hari ini, pastinya negara amat menghargai jasa serta bakti yang ditabur oleh mereka.
Oleh hal yang demikian, Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berdiri dan menepuk tangan sebagai tanda penghargaan buat para jururawat.
https://twitter.com/WordsAteen/status/1260071576885551104
Berdiri beri tepukan
Video tersebut tular di Twitter dengan memperlihatkan baginda bertitah kemudiannya berdiri menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh frontliner ketika ini serta mengajak dewan parlimen sama-sama berdiri memberikan penghargaan buat jururawat.
“Kepada petugas yang membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan negara. Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri untuk berikan tepukan kepada wira-wira negara.”
Dalam titah yang disampaikan oleh baginda juga, dapat didengar dengan jelas suara Sultan Nazrin sedikit bergetar seakan menahan sebak kerana begitu menghargai setiap pengorbanan frontliner kita.
Baginda turut berdoa agar diberikan kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat serta negara Malaysia.
“Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagian, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri.“
Sumber : Ateen’s words, Bernama

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit