Connect with us

Inspirasi

“Sayang, terima kasih.” -Foto Mahal, Abang Polis Bantu ‘Auntie Cina’ Bayarkan Bil

Sebelum ini, Jalan Othman, Petaling Jaya telah diisytiharkan kawasan zon merah dan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketat (PKPD) ekoran daripada terdapat kes baharu di kawasan tersebut.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah mengepung dan memantau kawasan tersebut bagi mengelakkan pergerakkan keluar masuk sesuka hati.

Gambar ‘mahal’ rakyat Malaysia & PDRM

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Polis Daerah Selayang, gambar-gambar seorang wanita warga emas berbangsa Cina dibantu ketika ingin membayar bil oleh seorang anggota polis yang bertugas telah menarik perhatian.

Kpl Muhammad Azizi Matshah telah membantu wanita itu yang kepenatan mengayuh basikal menuju ke Pejabat Pos berhampiran Pasar Jalan Othman.

Seronok baca kisah macam ni

Menariknya, wanita warga emas itu mengucapkan terima kasih dengan begitu mesra dengan memanggil ‘sayang’ kepada anggota polis tersebut.

Situasi itu dilihat sangat akrab seperti sebuah keluarga besar. Bantuan yang dihulurkan memperlihatkan nilai murni rakyat Malaysia yang saling tolong-menolong dan menghargai setiap bantuan.

Terbaiklah PDRM

 

Dah hensem, berbud bahasa pulak

Sumber : Polis Daerah Selayang

Continue Reading
Advertisement

Trending