WOW
“Saya ‘Single’, Saya Mahu ‘Boyfriend’ Melayu” -Awek Korea

Sejak kebelakangan ini, sudah ramai rakyat Malaysia yang dilihat mendirikan perkahwinan bersama dengan warga negara luar. Bahkan, banyak juga orang Melayu juga turut kahwin camput dengan rakyat luar negara sehinggakan kisah percintaan serta rumah tangga mereka meraih perhatian netizen.
Selain memiliki pasangan ‘Mat Saleh’, kebanyakannya juga didapati memiliki pasangan dari negara Korea. Sudah tentunya, perkara ini menjadi impian dan igauan terutamanya kepada K-poppers!
“Annyeong! Nama saya Soo…”
Semalam, tular mengenai sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh rakyat Malaysia, yang kini merupakan salah seorang penuntut universiti di negara pencetus Hallyu tersebut.
Lebih menarik, video tersebut telah dirakam dan memperkenalkan seorang gadis Korea yang merupakan rakannya di sana.
Paling menarik perhatian rakyat Malaysia, setelah memperkenalkan diri gadis Korea tersebut meluahkan hasratnya untuk memiliki pasangan ataupun kekasih dari kalangan orang Melayu!
“Siapa panggil saya tadi…”
Sudah tentunya, hasrat Soo ini disambut girang oleh kebanyakan lelaki Melayu di laman Twitter menerusi ruangan komen perkongsian video berkenaan. Namun, ada juga yang menyuruh gadis Korea berkenaan melupakan hasratnya untuk memiliki jejaka Melayu kerana sikap sebilangannya tidak menepati citarasa.
“Dah boleh slow2 pi dm…”
“Kalau melayu datang betul2, jangan menyesal pulak!”
“Carikan saya bf korean, saya carikan bf melayu…”
Jangan terjumpa buaya Melayu dahlah!
Mak saya nak menantu orang Korea juga!
Tak salah untuk mencuba. Mana tahu ada jodoh, semoga berjaya buat mereka yang mencuba nasib!
Sumber: Twitter.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit