Infozon
Satu Per Satu Dijemput Ilahi, Dulu Hilang Mak, Suami & Kini Bapa Pula Menyusul Pergi

Tidak siapa yang dapat meramalkan perkara yang bakal berlaku dalam kehidupan mereka. Sungguhpun begitu, manusia disarankan untuk sentiasa bersangka baik dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Di Twitter, seorang gadis berkongsi kepedihan yang ditanggung apabila dia terpaksa menerima hakikat yang bapanya sudah dijemput Ilahi pada pagi semalam. Kesayuan tersebut turut dirasai oleh para pengguna Twitter yang lain dan ramai yang meninggalkan kata-kata semangat buatnya.
“Aku hilang Mama, hilang papa, hilang suami…”
Menurut perkongsiannya lagi, dia juga terpaksa menerima hakikat bahawa insan-insan tersayang tidak lagi berada disisinya. Sebelum ini, dia juga telah diuji dengan pemergian arwah emak pada tahun 2005 dan kemudiannya pada tahun 2017, suaminya pula meninggal dunia.
Kini, wanita ini harus tabah menerima hakikat bahawa bapanya pula telah menyusul pergi.
Kita ketemu semula di syurga…
Sempat tunai hajat bapa…
Gadis ini juga turut mengatakan bahawa, dia sempat menunaikan hajat bapanya untuk menjejakkan kaki lagi sekali ke Mabul Island. Dalam luahan tersebut, dia memohon maaf kepada bapanya jika banyak lagi hajat yang tak dapat ditunaikan.
“Sempat bawa papa ke sana, Papa gagahkan diri…”
“Kakak mintak maaf, gagal jadi anak yang baik…”
“Kalaulah sakit papa tu boleh pindah milik…”
“Kirim salam kat Mama & suami kakak…”
Takziah atas pemergian insan yang tercinta. Semoga terus kuat dan tabah untuk menerima ujian daripada-Nya.
Al-fatihah buat mereka yang telah menyusul bertemu Ilahi.
Sumber: Twitter.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit