Connect with us

Sponsored Content

Satu lagi telefon pintar Vivo yang berteknologi terkini bakal dilancarkan tak lama lagi?

Syarikat Vivo amat terkenal dengan keluaran telefon pintar yang berteknologi tinggi dengan harga yang mampu milik. Belum lagi habis demam siri Vivo V15 dan Vivo S1, Vivo membuat lagi kejutan dengan memperkenalkan siri telefon pintarnya yang terbaru iaitu ‘ NEX 3.

Reka bentuk Vivo Nex 3 berkonsepkan ‘Waterfall’

Vivo NEX 3 yang terbaru ini sangat unik, di mana rekaan sisi peranti membawakan binaan lengkungan yang dikatakan mengambil inspirasi daripada bentuk air terjun.

Vivo NEX 3 5G  juga bawa paparan yang bersaiz 6.89 inci dengan resolusi skrin 2256 x 1080 pixel, dan ia dijangka menawarkan nisbah skrin ke badan sebanyak 99.6%!

Selain itu, Vivo NEX 3 juga direka tanpa bezel dan sangat nipis. Kamera belakang pula dilengkapkan dengan 3 lensa  dan rekaan lensa tersebut diilhamkan daripada jam tangan mekanikal.

Kuasa pengecas Super Flash hanya dalam tempoh 13 minit!

Vivo kini bukan biasa-biasa, keluaran telefon pintar yang terbaru akan dilengkapi dengan teknologi Super Flash Charge. Melalui teknologi ini, para pengguna mampu mengecas dalam jangka masa 13 minit sahaja.

Tanpa butang volume, digantikan dengan grippy plastic

Konsep terbaru Vivo NEX 3 ‘waterfall’ ini membuat satu perubahan yang besar untuk telefon pintar mereka, iaitu tanpa butang volume!

Butang volume pada Vivo NEX 3 ini akan digantikan dengan ‘touch display’, dimana korang hanya perlu tekan pada grippy plastic di sisi telefon untuk laraskan volume.

Kamera depan ‘pop-up’ yang sangat unik!

Belum ada lagi syarikat lain lagi yang mampu menandingi teknologi ‘pop-up‘ untuk kamera depan kecuali Vivo! Apa yang menariknya, kamera depan yang akan ‘pop-up’ secara automatik sekiranya anda tukarkan mode ke kamera depan.

Canggih kan?

Bagi sistem sekuriti berasaskan biometrik, model ini menggunakan ciri imbasan wajah dan juga sensor pengimbas cap jari terbina pada skrin.

Funtouch OS yang disertakan dengan pelbagai ciri menarik

Vivo NEX 3 dilengkapi dengan interface Funtouch OS yang berasaskan Android 9 Pie. Ruang paparan pelaras kecerahan dan bunyi serta butang pintasan yang lain hanya dengan swipe ke atas, ala-ala iOS. Paparan notifikasi pula boleh diakses dari atas kebawah, seperti Android yang lain.

Vivo NEX 3 yang sesuai untuk kaki game

Selain dari konsep futuristic, Vivo NEX 3 ini juga sangat sesuai untuk kaki game! Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 855 Plus, dan jenis penyimpanan UFS 3.0. Untuk memori pula, hadir dengan RAM sehingga 12GB dan pilihan storage sehingga 512GB.

Baru la syok main game!

Tiada masalah untuk memainkan aplikasi yang mempunyai grafik yang berat seperti PUBG, Modern Combat 5, Mobile Legends, Asphalt 9 dan permainan lain-lain yang popular.

Walau bagaimanapun, Vivo NEX 3 masih belum dilancarkan di Malaysia dan harga pun masih tidak diketahui. Dikatakan telefon pintar serba canggih ini akan dilancarkan pada September ini, tapi masih belum disahkan secara rasmi oleh Vivo.

Untuk keterangan lanjut tentang smartphone terbaru, boleh lihat di Facebook Vivo Malaysia

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending