Connect with us

WOW

Satu Lagi Klon Ditemui, Gadis Manis ‘Diserang’ Gara2 Wajah Persis Neelofa

Sebelum ini, rakyat Malaysia begitu teruja dengan penampilan seorang kanak-kanak perempuan dimana raut wajahnya dilihat sangat mirip pelakon dan pengacara popular Neelofa.

Sehinggakan, kanak-kanak yang bernamaNaura Auni itu telah dijemput menjadi salah seorang tetamu dalam program MeleTOP dan bertemu dengan selebriti terkenal itu secara langsung.

Muka sebijik macam Neelofa!

Seorang gadis berusia 20 tahun berjaya menarik perhatian warga pengguna internet apabila raut wajahnya dilihat persis pengacara dan pelakon popular, Neelofa.

Pada mulanya, video gadis dikenali sebagai Afina Balqis telah dimuat naik oleh adiknya sendiri di laman Twitter. Tanpa dijangka, video tersebut telah meraih lebih 500,000 ribu tonton oleh para pengguna Twitter.

“Saya tak sama pun macam dia…”

Mengetahui dirinya menerima pelbagai reaksi daripada netizen, Afina Balqis dengan merendah hati mengatakan bahawa dia sememangnya tidak iras Neelofa seperti yang diperkatakan umum. Video tersebut dibuat olehnya sekadar suka-suka dan turut meletakkan tahi lalat palsu di wajahnya.

Neelofa pun turut respon!

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat 10,200 ribu ulang kicau dan lebih dari 25,100 ribu tanda suka oleh para pengguna di Twitter. Ruangan komen puji dipenuhi dengan pelbagai kata-kata pujian mengenai rupa parasnya yang dikatakan seiiras dengan selebriti dan usaha terkenal Malaysia, Neelofa.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending