Connect with us

Inspirasi

Sanggup Guna Waktu Rehat, Tentera Pilih Untuk Rawat Koala Akibat Kebakaran Di Australia

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan musibah kebakaran besar yang berlaku di hutan Australia dan telah menyebabkan banyak haiwan mati.

Walau bagaimanapun, masih ada haiwan yang berjaya diselamatkan terutama koala namun mengalami luka yang teruk dan dipindahkan ke kawasan lain untuk rawatan.

Baru-baru ini, gambar angkatan tentera Australia telah tular di laman Facebook di mana mereka sedang memeluk dan memberikan makanan kepada koala yang cedera.

Kapten Garnet Hall telah ditempatkan di Pulau Kangaroo, dimana dia dan pasukannya diminta untuk menjaga sejumlah besar haiwan yang cedera di Kangaroo Island Wildlife Park.

Menerusi gambar tersebut, sekumpulan angkatan tentera sedang memegang koala dan menyelimuti mereka supaya lebih selesa ketika sedang makan.

“Mereka telah menggunakan waktu rehat untuk membantu haiwan-haiwan tersebut dan membina tempat memanjat untuk koala. Ia merupakan contoh yang bagus.

“Saya merasakan haiwan Australia seperti koala paling banyak menderita akibat kebakaran tersebut. Apabila berasa terancam, mereka akan memanjat ke atas pokok tetapi perkara ini telah menjurus kepada tragedi,” katanya.

Koala tersebut tidak boleh mengelak daripada api yang marak dan telah menyebabkan banyak yang mati. Ada yang terselamat namun mereka terbakar di kaki, tangan dan muka.

“Bahagian yang paling mencabar adalah ketika mencuba untuk mengurangkan  kesakitan. Kebanyakan koala terbakar teruk dan ia dalam kesakitan.

“Tempat tinggal koala telah musnah dan dibawa ke tempat asing untuk rawatan. Kami sedang cuba yang terbaik untuk mengurangkan kesakitan namun membersihkan luka mereka adalah satu perkara yang sukar,” ujarnya.

Sekumpulan anggota tentera juga ditugaskan untuk membina tempat baru dan tempat memanjat bagi koala untuk memudahkan haiwan tersebut berkeliaran dan bersembunyi ketika cuaca panas.

 

Sumber : boredpanda

Continue Reading
Advertisement

Trending