Connect with us

WTF

‘Sanggup Bayar Doktor Dari Dicucuk Vaksin’ – Klinik Kongsi Pengalaman Dihubungi Anti-Vaks

Pengumuman kerajaan yang memberikan kelonggaran kepada individu yang telah lengkap divaksin telah memberikan tamparan yang hebat buat golongan anti-vaks.

Sejak dari awal pagi tadi, tular di Twitter perkongsian sebuah klinik yang dikatakan kerap menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali sejak kebelakangan ini yang meminta supaya mereka diberikan vaksin tanpa perlu dicucuk.

Permintaan golongann anti-vaksin yang sanggup membayar RM1,000 semata-mata mahu mendapatkan sijil vaksin telah mengundang kecaman netizen.

Perbuatan memberi rasuah yang sememangnya haram itu langsung tidak diambil kira hanya demi sekeping kad vaksin palsu.

Payah nak educate orang sebegini

Segelintir netizen meluahkan rasa geram dan kesal dengan sikap sesetengah antivaks yang menolak penerimaan vaksin tapi sanggup bergadai bagi mendapatkan sijil vaksin yang palsu.

Advertisement

Tindakan mereka yang menghebahkan sikap merekka sendiri di media sosial turut membuatkan netizen meluat berikutan tularnya perkongsian sepasang antivaks yang cuba pergi ke kedai gunting rambut dan makan di luar tanpa mempunyai kad vaksin.

Macam mana kalau ada yang menerima?

Sementara itu terdapat beberapa netizen yang meluahkan kebimbangan jika ada doktor dan pihak klinik yang menerima bayaran yang ditawarkan itu.

Sumber: Twitter @amarasyra

Continue Reading
Advertisement

Trending