Connect with us

Inspirasi

Sangat Terpuji, Pemandu Van DHL Gendong Warga Emas Melintas Jalan

Anati Ali

Published

on

Kebiasaannya, selalu kita lihat seseorang akan membantu mereka yang kurang upaya untuk melintas jalan dengan memimpin tangannya. Namun berbeza dengan kisah ini, apabila seorang pemandu van telah bertindak keluar dari kenderaan dan menggondong seorang warga emas yang sedang melintas jalan.

Ketika lampu isyarat bertukar warna merah, pemandu van kurier DHL, Anson Chung telah bertindak keluar dari kenderaannya untuk menolong seorang warga emas yang kelihatan sukar untuk melintas jalan seorang diri. Tanpa diduga, lelaki itu telah menggendong warga emas tersebut.

Tidak sedar dirakam!

Tanpa disedari, kejadian itu telah dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya, H.Leonardi yang kebetulan melihat kejadian terbabit.

 

Tak terduga dengan apa yang dilihat.

Menurut H.Leonardi, kejadian tersebut berlaku semasa kesesakan lalu lintas. Ketika lampu jalan raya berwarna hijau, kereta di sebelahnya tiba-tiba berhenti dan membuatkan dirinya tertanya-tanya. Jelasnya, ini merupakan pertama kali dia menyaksikan kejadian sedemikian.

 

 

 

 

Sangat mulia!

Tambahnya, dia berasa begitu tersentuh dengan momen tersebut, malah merasakan kebaikan yang telah ditonjolkan oleh Ansun Chung merupakan satu sifat kemanusiaan yang patut ada dalam setiap insan.

Setelah kisah itu tular, ramai yang memuji tindakan murni yang dilakukan Ansun Chung, lebih menggembirakan lagi, pihak DHL Singapura telah memberikan penghargaan kepada Ansun Chung.

Sumber: Stomp

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Avatar

    Mohd izwan

    December 4, 2019 at 10:38 am

    Sifat-sifat beginilah yang harus dicontohi setiap orang selagi bernama manusia biasa di Muka bumi ini Tak Kira Kaya atau miskin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending