Connect with us

WOW

Sangat Bertuah! Seorang Lelaki Menemui Ikan Lumba-Lumba Di Perairan Pulau Pinang

Ikan lumba-lumba yang dikenali sebagai haiwan berdarah panas adalah sejenis ikan yang sangat cerdik. Kebiasaannya, hanya masyarakat Eropah sahaja yang dapat melihat aksi-aksi comel ikan tersebut seperti yang selalu ditayangkan menerusi televisyen.

Namun dua hari lepas, seorang lelaki bertuah telah berkongsi keterujaannya menemui sekumpulan ikan lumba-lumba yang berada di perairan Malaysia.

Ikan lumba-lumba di Pulau Pinang!

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Jeremy Ng Cheng Soon, berkongsikan bahawa dia menemui ratusan ekor ikan lumba-lumba sedang berlegar-legar di perairan sekitar Jambatan Batu Ferenggi, Pulau Pinang.

Sewaktu kejadian itu berlaku, dia telah merakam sekumpulan ikan lumba-lumba tersebut dengan menggunakan drone miliknya. Jaremy juga telah kongsikan detik-detik manis itu di laman media sosial miliknya.

“Sebelum ini saya telah melihat empat ekor ikan lumba-lumba di sekitar Queensbay Mall pada beberapa tahun yang lalu. Namun, saya tidak menyangka bahawa saya akan menemui semula ikan tersebut dengan jumlah yang banyak pada kali ini.” Katanya.

Jeremy juga menyifatkan bahawa kejadian tersebut sebagai peristiwa yang menakjubkan. Fenomena ini boleh dikatakan jarang berlaku di Malaysia dan Jeremy menganggap perkara tersebut sebagai satu memori terindah dalam hidupnya.

Sumber: Facebook 

Continue Reading
Advertisement

Trending