Connect with us

WOW

Sampai Dah Tak Mahu Keluar, Lelaki Berjaya Ubah Suai Bilik Sebiji Gaya Hotel

Wabak pandemik COVID-19 memaksa seluruh penduduk dunia untuk tidak berada di tempat-tempat awam serta kawasan tumpuan orang ramai dalam jangka masa yang panjang. Malah, lebih disarankan untuk terus berkurung di rumah dan hanya keluar untuk membeli barang keperluan sahaja.

Sewaktu berkurung di rumah, banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama ahli keluarga yang dikongsikan melalui sosial media. Bukan setakat itu, aktiviti tersebut juga turut diikuti oleh orang lain dan perkara ini dianggap satu perkara yang sangat bermanfaat dan dapat menghilangkan rasa bosan sewaktu berada di rumah.

Seorang lelaki berjaya menjadi tumpuan warga internet selepas berkongsikan mengenai usahanya mengubah suai bilik dengan menggunakan masa-masanya yang terluang sewaktu di rumah.

Lebih menariknya, lelaki ini dilihat melakukan perubahan 360 darjah terhadap biliknya dan sekali gus menampakkan ruangan tidur itu seakan-akan suite di hotel-hotel mewah.

Tambah lelaki ini lagi, disebabkan terpegun dengan kecantikan biliknya dia takkan meninggalkan biliknya buat jangka waktu yang lama.

Perkongsiannya ini juga menyebabkan kebanyakan lelaki di luar sana tergerak hati dan lebih bersemangat untuk mengubah suai bilik tidur mereka dengan lebih selesa.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending