Connect with us

WTF

Sambutan Hari Jadi Melampau, Budak Lelaki Dilumur Telur & Kek Sehingga ‘Trauma’

Sepatutnya, majlis sambutan hari lahir diadakan dengan penuh meriah dan lebih seronok dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai. Namun, ada yang beranggapan detik istimewa ini seharusnya diraikan dengan membuat perkara yang luar dari jangkaan agar lebih bermakna buat yang diraikan.

Semalam, tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki dikatakan sedang menyambut hari kelahiran bersama keluarganya. Budak lelaki berkenaan, dilihat seperti dalam usia lingkungan antara 5 hingga 7 tahun.

“Keluarga paling b*doh sekali…”

Video sambutan hari jadi kanak-kanak itu telah mendapat kecaman yang hebat dan sekaligus tular menerusi laman Twitter. Video tersebut mendapat kecaman hebat setelah ramai yang beranggapan bahawa, cara ahli keluarga itu meraikan majlis hari jadi dengan agak kasar dan tidak bersesuaian dengan umur kanak-kanak terbabit.

Dibaling telur serta air dengan teruk & kasar!

Video tersebut telah memaparkan, budak lelaki berkenaan dilihat sedang tersenyum gembira memotong kek hari jadinya.

Sedang memotong kek dan diselangi dengan nyanyian lagu Happy Birthday, kanak-kanak berkenaan dilihat telah ‘diserang’ oleh ahli keluarganya sendiri dengan telur dan juga seperiuk air.

Kek habis hancur, dilumur kat muka

Membangkitkan kemarahan orang ramai adalah tindakan yang dilakukan kepada budak itu sangat kasar dan tidak berhati perut. Lebih-lebih lagi apabila dilihat ahli keluarganya bergelak sakan dengan keadaan yang berlaku tanpa menghiraukan perasaannya.

Lebih menyedihkan, kek yang tidak habis dipotong itu turut dijadikan sebagai bahan untuk dibaling kepada anak tersebut. Satu badannya habis berlumuran dengan telur dan kek, sehingga menyebabkan budak lelaki itu tertunduk kerana terlampau terkejut dengan kejadian yang menimpanya.

Seharusnya, sambutma hari jadi ini menjadi salah satu detik yang berharga dan perlu diraikan dengan gembira. Perkara ini bukan sahaja tidak bermanfaat malah bakal menjadi pengalaman hitam buat seseorang.

Sumber: Cik Anas.

Continue Reading
Advertisement

Trending