Inspirasi
Sama2 Rentas Laut Selamatkan Diri, 2 Beradik Syria Wakili Negara Berbeza Di Olimpik

Perlaksanaan Olimpik Tokyo 2020 ketika ini memang mencatatkan sejarah baru apabila dilakukan dalam suasana yang penuh berbeza tanpa kehadiran penonton disebabkan pandemik.
Acara sukan yang sangat berprestij ini juga telah ditangguhkan ke tahun 2021 memandangkan Covid-19 ‘menyerang’ seluruh dunia sehingga membuatkan semua perancangan terpaksa disusun semula.
Momen indah acara pembukaan
Disebalik keterujaan menonton Olimpik Tokyo 2020 walaupun hanya dari kaca televisyen, satu momen indah berjaya di peroleh dan dikongsikan semula di Instagram Cinta Syria Malaysia apabila pasangan adik-beradik berasal dari Syria berpelukan ketika acara pembukaan ketika mewakili negara masing-masing.
Redah lautan selamatkan diri
Menurut perkongsian tersebut, Mohamad Maso mewakili Syria secara rasmi dalam Triatlon manakana Alaa pula mewakili pasukan pelarian (Refugee Olympic Team) untuk sukan renang.
Melalui keterangan diruangan Instagram, mereka berdua pernah sama-sama berenang merentasi lautan untuk menyelamatkan diri dan kini mereka adalah atlet di Olimpik.
Sebenarnya dua2 tinggal di Jerman
Walau bagaimanapun, menerusi akhbar The Sun, sebenarnya mereka berdua tinggal bersama di Jerman setelah meninggalkan negara asal di Syria.
Ketika ini, ibu bapa ,serta ahli keluarga masih menetap di negara bergolak itu dan Mohamad memilih untuk mewakili negara asalnya, manakala adiknya Alaa, memilih untuk mewakili pasukan pelarian.
Sumber: Instagram Cinta Syria Malaysia, Portal The Sun Uk

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit