Connect with us

WTF

Saloma Link Dikotori Sisa Minuman Selepas Seminggu Dibuka

Pintasan Saloma (Saloma Link) merupakan jejantas bagi memudahkan pejalan kaki dari Kampung Baru ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan reka bentuk yang unik dan menarik.

Jejantas itu memiliki jarak  370 meter dan dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang.

Mercu tanda kota Malaysia yang baharu itu dihiasi dengan lampu LED dan bertukar pelbagai warna pada waktu malam. Kini Saloma Link itu telah dibuka untuk dikunjungi orang awam.

Baru-baru ini melalui laman media sosial Twitter, Cyberjaya info telah berkongsi beberapa keping gambar termasuk kotoran di atas lantai jejantas berkenaan akibat tumpahan minuman pengunjung.

“Jangan bawa minuman, bubble tea, Setabak di Pintasan Saloma ni. Orang ramai, jalan sikit je memang boleh berlanggar dengan orang lain. Sama-sama kita jaga kebersihan,” tulis posting tersebut memberi peringatan.

Posting itu mendapat pelbagai respon daripada netizen dimana ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak bertanggungjawab kerana mencemarkan kebersihan tempat tersebut.

Cuai sangat. Minum air tanpa bibir ke?

Terdapat juga beberapa individu yang memberi cadangan untuk memastikan agar Pintasan Saloma dijaga dan kebersihannya akan lebih terjamin.

Pasang pengawal! Siapa bawa air, halau je.

Pasang CCTV

Selain itu, warganet turut memberi komen tentang mentaliti rakyat Malaysia yang tidak berubah dan masih melakukan perkara yang sama terutama hal kebersihan dan persekitaran.

Dah 2020 tapi pemikiran kebelakang

Kita duduk di bawah satu negara yang sama. Jadi sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan supaya tidak dipandang ‘jelek’ oleh pengunjung luar!

Sumber: Cyberjaya Info

Continue Reading
Advertisement

Trending