Connect with us

Inspirasi

Sahut Seruan Kerajaan, Pesara ‘Nurse’ Usia 68 Tahun Bantu Urus Pesakit COVID-19

Beberapa hari lalu menurut laporan Berita Harian, kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera, sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berkata langkah itu hanya akan dilakukan apabila perlu, bagi mengimbangi keperluan doktor perubatan sedia ada, dalam usaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara.

 Pesara nurse sahut seruaan kerajaan!

Dilaporkan, terdapat seorang insan yang merupakan pesara nurse sanggup menggalas semula tanggungjawabnya yang sudah lama ditinggalkan. Biby Maideen yang kini berusia 68 tahun sahut seruan kerajaan untuk berkhidmat dan membantu hospital ekoran wabak COVID-19 yang dilihat kian meningkat.

Mulianya hati, terima kasih!

Sudah tentunya, orang ramai sangat kagum diatas usaha murni yang dilakukan oleh pesara nurse tersebut. Diruangan komen kini dihujani dengan ucapan terima kasih kerana kesanggupannya mengalas semula tanggungjawab dan membantu negara.

Terima kasih auntie, sebaknya rasa…

“Ni wira baru, semoga dipermudahkan…”

Terbaik! Terima kasih auntie!

Otai tetap berbisa!

Rakyat Malaysia juga boleh membantu kerajaan dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan. Marilah kita sama-sama ganding bahu atasi masalah yang melanda ketika ini.

Advertisement

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending