Connect with us

Inspirasi

Sahut Saranan Kerajaan, Orang Asli Tutup Jalan Utama Kampung Raih Pujian

Minggu ini, Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 iaitu bersamaan dengan dua minggu.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan ini dua dilangsungkan selama dua hari, tetapi sebilangan rakyat Malaysia dilihat masih lagi berdegil dan juga tidak mematuhi arahan yang disarankan. Situasi ini sudah tentu amat membimbangkan kerajaan dan juga pihak kesihatan

“Kami sahut seruan kerajaan…”

Di Facebook, terdapat satu perkongsian yang boleh dibanggakan dan juga menjadi contoh kepada masyarakat yang lain dimana, perkampungan orang asli di Kota Tinggi, Johor sahut saranan kerajaan.

Kampung Orang Asli Sayong Pinang sebulat suara untuk meletakkan penghadang di jalan masuk utama bagi menghalang orang keluar dan masuk.

Macam ni baru betul! Terbaik!

Sudah tentunya, usaha orang kampung ini mengikut arahan dan saranan kerajaan meraih pujian daripada pengguna laman Facebook.

Putuskan hubungan dengan wabak…

Bagus, ini memang terbaik…

Orang ramai diharapkan untuk tidak berdegil untuk merayau-rayau tanpa tujuan dan terus untuk duduk di rumah. Sesungguhnya, perkara ini dilakukan untuk memutuskan rantaian wabak covid-19 ini dari terus merebak.

#stayathomemalaysian!

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending