Connect with us

WOW

Saham Coca-Cola Jatuh Kerana Ronaldo, Giliran Pogba Pula Alih Botol Arak Heineken

Baru-baru ini, tular tentang tindakan pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo yang mengalihkan 2 botol Coca-Cola dan menggantikannya dengan air mineral ketika sidang media sedang berlangsung.

Gelagatnya itu mencuri perhatian ramai netizen sehingga menyebabkan saham syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak RM16.5 bilion selain sahamnya turut jatuh.

Paul Pogba alih botol arak Heineken

Kali ini, giliran pemain tengah Perancis Paul Pogba juga melakukan perkara yang sama selepas mengalihkan botol minuman alkohol ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Jerman.

Difahamkan lagi, waktu itu botol alkohol berjenama Heineken berkenaan telah dijadikan sebagai prop penaja.

Menerusi video yang viral di serta laman sosial, Paul yang juga merupakan seorang pemain bola beragama Islam sama sekali tidak meminum minuman keras tersebut.

Malah, dia juga kelihatan kurang memberi tumpuan ketika sidang media itu berlangsung sebelum mengalihkan botol itu dan diletakkan di bawah meja.

Sehubungan itu, dia kemudiannya meneruskan sesi sidang media dan menjawab soalan pihak media.

Salah pilih penaja

Justeru itu perkara sebegitu perlu dijadikan sebagai pengajaran kepada UEFA agar berhati-hati dalam memilih penaja kerana produk seperti itu jelas tidak mewakili atlet dan sukan oleh kerana ia tidak sihat.

Sumber: Axello.net

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending