Connect with us

Infozon

Rumah Runtuh Dibedil Musuh, Keluarga Palestin Berbuka Beralas Tikar Lusuh

Jika kita merasakan bahawa tahun ini adalah Ramadan yang sangat suram berikutan perlu berada di rumah kerana pendemik Covid-19, ketahuilah bahawa ada sebahagian kecil masyarakat di dunia ini berpuasa dalam keadaan sangat menyedihkan.

Dalam perkongsian di Facebook Quds News Network, dapat dilihat sebuah keluarga di Palestin berbuka puasa di hadapan runtuhan rumah mereka beralaskan sebidang karpet lusuh.

Berbuka beralas karpet lusuh

Keluarga Mahmoud Sulaiman Abu-Amra terpaska duduk dihadapan runtuhan rumah yang telah dibedil israel pada hujung tahun lalu bagi menikmati juadah tidak seberapa ketika berbuka puasa.

Dalam perkongsian tersebut juga, dapat dilihat mereka mendapatkan sumber air bersih melalui tangki yang berada berdekatan dengan tempat mereka berkumpul dan makan bersama untuk berbuka puasa.

Menerusi gambar tersebut, nyata ada yang lebih susah berbanding kita yang masih boleh duduk dirumah makan bersama keluarga walaupun tidak boleh kemana-mana akibat pendemik ini.

Sedangkan mereka, kehilangan tempat berteduh dan terpaksa berbuka puasa di hadapan rumah yang musnah kerana diberil musuh.

Sumber : Quds News Network

Continue Reading
Advertisement

Trending