Connect with us

Infozon

Rumah Kedai Punah Dijilat Api, 30 Ahli Rumah Orang2 Tua Turut Terjejas

Kebakaran adalah salah satu bencana ataupun kemalangan tidak dijangka bakal berlaku. Bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah mangsa kebakaran ini selalunya bakal menanggung kerugian yang besar.

Samalam telah dilaporkan, sebuah kebakaran besar telah terjadi di Lebuh Carnarvon di Georgetown. Kebakaran itu telah meranapkan hampir lima buah rumah kedai dua tingkat, lenyap dijilat api.

Hampir 30 penghuri rumah orang tua-tua yang tinggal berdekatan, telah berjaya dipindahkan hasil bantuan daripada orang awam.

Orang ramai bertindak mengangkat warga emas ke kawasan lapang berhampiran kerana bimbang api kebakaran merebak ke rumah kebajikan yang berdekatan di situ.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang,  insiden yang melibatkan tiga rumah kedai dua tingkat itu berlaku kira-kira jam 8.58 malam.



Dalam kejadian terbabit, dikatakan dua orang anggota bomba cedera parah ditimpa objek ketika sedang menjalankan tugasya. Walaubagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal tepat pada jam 9.24 malam.

Diharapkan agar mangsa yang terlibat tabah untuk menghadapi ujian yang berlaku ini. Semoga nasib-nasib mereka ini juga akan mendapat perhatian dari pihak berkuasa tempatan untuk menringankan beban yang di tanggung.

Sumber: Penang Kini.

Continue Reading
Advertisement

Trending