Connect with us

Infozon

Rumah Dimasuki Banjir, Pencinta Haiwan Meraung Tengok Kucing2 Terkorban

Berat dugaan buat seorang penyelamat dan pencinta tegar kucing (dan haiwan lain), Asrol Adizar apabila lima ekor si bulu peliharaannya terkorban akibat banjir yang melanda di sekitar Kajang, Selangor semalam.

Berita duka itu dikongsi menerusi laman Facebook miliknya yang memuat naik gambar dan video sekitar kejadian terbabit, malah terkilan tidak sempat menyelamatkan haiwan kesayangan.

Menurut lelaki berusia 34 tahun itu, kejadian banjir tersebut adalah kali pertama berlaku selepas lebih tiga tahun menetap di kawasan berkenaan.

Ya Allah selamatkan mereka!

Saya terlambat untuk memastikan semuanya selamat…

Tambah Asrol, dua lagi ekor turut hilang tanpa dapat dikesan. Bagaimanapun, mujur pemilik kucing memahami situasi yang berlaku namun tetap bersedih atas kehilangan si comel.

Mereka pergi tempat yang lebih bahagia…

Terharu! Tak letak nombor akaun pun, tiba2 dapat derma

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan…

Sumber : Asrol Adizar

Continue Reading
Advertisement

Trending