Connect with us

WOW

Rumah & 2 Kereta Mewah Terbiar, Pemilik Hilangkan Diri Sebab Bisnes Merudum?

Rakyat Malaysia dan perkara mistik sememangnya tidak boleh dipisahkan. Jadi, tidak hairanlah jika masih ada lagi masyarakat yang mengamalkan ilmu hitam ataupun sihir untuk mendapatkan kemahuan yang diimpikan.

Di Twitter, kecoh mengenai gambar sebuah rumah besar yang terbiar bersemak, bersama dengan beberapa biji kereta mewah. Malah, ada yang mengatakan rumah terbiar ini masih lengkap berperabot dan ditinggalkan penguninya bergitu sahaja.

Rumah dan kereta, sama-sama terbiar!

Hampir beberapa hari ramai yang dibiarkan tertanya-tanya, seorang lelaki tampil menjelaskan cerita sebenar, disebalik rumah ini ditinggalkan oleh pemiliknya. Lelaki juga mengaku bahawa dia rumah ini berdekatan dengan rumahnya sahaja.

“Rumah ni belakang rumah aku je…”

Satu keluarga bahagian pernah menetap kat situ

Keluarga suka tolong orang, bersedekah…

Tiba2 perniagaan jatuh merudum!

Sekeluarga bawa diri senyap2…

Mungkin sebab ada masalah kewangan…

Perkongsian ini sedikit sebanyak menjawab teka-teki orang ramai. Diharapkan pemilik boleh tampil kehadapan dan menerangkan perkara yang benar.

Kesahihan dan maklumat yang jelas mengenai kejadian sebenar serta perkara yang terjadi kepada penghuni rumah ini masih lagi kabur-kabur. Diharapkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sendiri dan membuat cerita rekaan yang boleh mengaibkan.

Sumber: Twitter.

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Trending