Infozon
Roboh Bangunan Di Baitulmaqdis, PBB Desak Israel Henti Musnahkan Harta Rakyat Palestin

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis.
Menurut jurucakan ibu pejabat PBB di New York iaitu Stephane Dujarric, Guterres berasa amat bimbang dengan kemusnahan berterusan itu.
Tindakan Israel langgar undang2 kemanusiaan & hak asasi manusia
“Beliau sekali lagi menggesa Israel menghentikan tindakan mengusir dan memusnahkan sejajar dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia,” tambah Dujarric.
Gesaan itu dibuat sehari selepas Israel merobohkan sebuah kedai dan pangsapuri di kawasan Silwan, Baitulmaqdis Timur.
Israel mendakwa 2 struktur bangunan di kawasan al-Bustan dan al-Suwayeh itu tidak mempunyai permit, kata penduduk setempat.
Tindakan Israel itu mencetuskan pertempuran antara rakyat Palestin dengan polis Israel, yang kemudian menembak gas pemedih mata dan peluru getah untuk menghentikan penunjuk perasaan.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata 13 anggota paramedik turut cedera.
Rakyat Palestin menuduh Israel meroboh bangunan di kejiranan Silwan, di selatan kompleks Masjid Al-Aqsa, bertujuan untuk mengusir penduduk Arab dan memberi keutamaan kepada pendatang Israel.
Sumber: BERNAMA

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit